Friday, 31 May 2013

Cara berwuduk

Wuduk ialah istilah lain bagi air sembahyang. Sepertimana yang semua pelajar telah ketahui, wuduk adalah syarat sah solat. Mari kita ulangkaji pelajaran wuduk. Ia dimulakan dengan niat:






 Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna !

1. Membersihkan kedua tangan.(3x)
2. Berkumur-kumur.(3x)
3. Membersihkan hidung.(3x)
4. Membasuh muka(3x), Berniat(dalam hati) :- Sahaja Aku Mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.
5. Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.(3x)
6. Menyapu air ke kepala.(3x)
7. Menyapu telinga kanan dan kiri.(3x)
8. Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali.(3x)
9. Doa selepas berwuduk






Praktikal mengambil wuduk , adik-adik tengok video di bawah yee...




Saturday, 25 May 2013

NIAT DAN LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU LIMA WAKTU..


Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :


i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai(makmum/imam) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala.

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala."

Friday, 24 May 2013

Ganjaran Solat Jemaah







 Mari kita lihat beberapa kelebihan yang disediakan bagi orang yang solat berjemaah.
  1. Sentiasa dicintai oleh Allah, kerana masjid adalah tempat yang paling disukai oleh Allah. [HR Muslim]
  2. Melebihi 27 kali ganda pahala daripada solat berseorangan. [HR Muslim]
  3. Ganjaran pahala akan berganda dengan bertambahnya bilangan jemaah yang solat bersamanya. [HR Abu Dawud]
  4. Solat empat puluh hari secara berjemaah serta sempat Takbiratul Ihram – selamat daripada api neraka dan sifat Munafiq. [HR al-Tirmiziy]
  5. Solat Isya’ dan Subuh berjemaah, ganjaran pahalanya sama seperti solat separuh malam atau sepenuh malam. [HR Muslim]
  6. Ganjaran pahala melakukan haji dan umrah yang sempurna – bagi yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat Dhuha dua rakaat. [HR al-Tirmiziy]
  7. Malaikat di waktu malam dan malaikat di waktu siang berkumpul ketika solat Subuh dan Asar. [Muttafaqun 'alayh]
  8. Dijamin tidak akan masuk neraka Jahannam bagi sesiapa yang solat Asar dan Subuh secara berjemaah. [HR Muslim]
  9. Dijamin masuk syurga bagi sesiapa yang solat Subuh dan Asar.[Muttafaqun 'alayh]
  10. Setiap langkah ke masjid akan diangkat satu darjat, dihapuskan satu kesalahan dan ditulis baginya satu kebaikan. [HR Muslim]
  11. Ditulis kebaikan bagi setiap langkah pulang ke rumah sebagaimana ia pergi ke masjid. [HR Muslim]

Solat Jemaah

Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurangnya 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu
Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.


Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

Wallahu a’lam.




Thursday, 23 May 2013

Mari kita bersolat...

Bismillahirrahmanirrahim

Solat? hm..saya...

Situasi 1
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak cukup masa la. Keje saya banyak. Saya memang busy memanjang.


hm ?
 *Masa itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T, bila-bila pun Dia boleh ambil semula waktu yang dipinjamkan, maka beringatlah, walau sibuk sekalipun, luangkanlah masa sekurang-kurangya lima minit, lima kali sehari untuk bersolat.


Situasi 2
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya rasa diri saya dah terlalu banyak buat dosa. Kalau saya solat, mahukah Allah terima ibadat saya tu?


hm?
* Allah S.W.T itu Maha Pengampun. Jika kita bertaubat dan kembali ke jalan Allah S.W.T nescaya ibadat kita akan diterima Allah S.W.T. Insya-Allah.


Situasi 3
Soalan: Kenapa awak tak solat?
Jawapan: Saya tak tau cara-cara nak solat. Mak ayah saya tak pernah ajar sebab mereka pun tak solat.


hm?
* Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk di jadikan sempadan. Semua perkara  boleh dipelajari, asal kita mahu padanya.

 Jom anak-anak sekalian kita ambik wudhuk dan bersolat...moga kehidupan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah...insyaallah..










Powerpoint Solat

Jom sama-sama kita melihat slide di bawah :

Wednesday, 22 May 2013

Dosa dan balasan meninggalkan solat fardu





Renungan bersama :

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
“Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : “Kami tidak menunaikan sembahyang”.
Sementara itu setengah para ulama’ membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

“Sembahyang Subuh”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

“Sembahyang Zohor”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

“Sembahyang Asar”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah Allah)

“Sembahyang Maghrib”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

“Sembahyang Isya”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan beberapa perkara:

Enam perkara seksaan di atas dunia”
  1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
  2. Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
  3. Tiada dipelihara baginya agama Islam
  4. Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
  5. Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
  6. Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
“Tiga perkara sewaktu hendak mati”
  1. Dimatikan dalam kehinaan
  2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
  3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
“Tiga perkara sewaktu dalam kubur”
  1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
  2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
  3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
    “Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
    daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh”
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.

Tuesday, 14 May 2013

Solat Tiang Agama



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."

(Hadis riwayat Thabrani)